free counters

Wednesday, November 24, 2010

Hub Hiburan Malam: PKPIM Gesa Penjelasan Menteri


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa pihak kerajaan untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat umum berkenaan dengan rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pusat hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyatakan bahawa melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), Malaysia akan dimajukan sebagai hub pusat hiburan malam dalam usaha untuk memperkasakan industri pelancongan negara.

Justeru itu, PKPIM akan mengadakan pertemuan dengan beberapa Menteri Kabinet bagi mendapatkan penjelasan tentang perkara tersebut di samping menyatakan bantahan secara tegas terhadap hasrat kerajaan berkenaan memandangkan ia secara jelas akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada perkembangan sosial negara. Baca seterusnya...

Menurut perancangan ETP, ia akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka di seluruh negara, penggalakan untuk menganjurkan konsert utama, dan kesediaan untuk melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa.

Bagi PKPIM, perancangan kerajaan ini dibuat tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masa depan negara khususnya dari sudut permasalahan sosial generasi muda yang kian membarah seperti masalah pembuangan bayi, perzinaan, penyalahgunaan dadah, dan sebagainya akan tetapi ia dirancang hanya untuk tujuan memenuhi tuntutan jangka pendek yang bersifat keuntungan material semata-mata.

Lantaran itu, PKPIM menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan memacu pembangunan berlandaskan nilai ilmu, pendidikan-ta’dib, peradaban, ketamadunan, kehalusan tatasusila, dan kebudayaan luhur kearah untuk membentuk susanan masyarakat yang beradab dan bukan seperti yang dinyatakan Pak Natsir sebagai "membangun sambil meroboh" – kita membangun gedung dan meningkatkan ekonomi sambil kita sendiri yang merobohkan akhlak dan jati diri generasi muda Islam.

Sementara itu, PKPIM turut berpandangan bahawa hasrat kerajaan berkenaan jelas tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam dalam negara dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM menyambut baik bantahan yang turut disuarakan oleh beberapa pertubuhan Islam lain ekoran dari keresahan masyarakat Islam di Malaysia sekiranya ia dilaksanakan.



Muhammad Faisal Abdul Aziz

Presiden PKPIM

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

::PPIK :: HIDUP BIAR BERJASA Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.